SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN


MAKLUMAT AM



1. KELAYAKAN PENYERTAAN


  Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar, pensyarah aktif dan komuniti luar Peserta boleh menyertai secara individu atau dalam pasukan (maksimum 3 orang ahli sahaja) hanya peserta yang membentang sahaja yang akan mendapat sijil. Setiap individu/pasukan hanya dibenarkan menghantar satu (1) penyertaan sahaja.

2. TEMA PERTANDINGAN



   Idea yang dipitch boleh merangkumi bidang/topik, seperti berikut:
KATEGORI BIDANG
   Inovasi Pendidikan & Pembelajaran Kaedah PdP inovatif
Teknologi pendidikan (EdTech)
Akses pendidikan inklusif
Pembelajaran sepanjang hayat
   Inovasi Teknologi & Digital AI, IoT, Automasi
Aplikasi digital / sistem pintar
Keselamatan siber
Transformasi digital
Penambahbaikan proses
Automasi & kecekapan operasi
Kualiti, kos dan masa
IR 4.0 / Industry 5.0
   Kelestarian & Alam Sekitar Tenaga hijau
Pengurusan sisa
Ekonomi kitaran
Pemuliharaan alam sekitar
   Inovasi Sosial & Komuniti Penyelesaian isu sosial
Kesejahteraan komuniti
Inklusiviti (OKU, warga emas, B40)
Kesukarelawanan berimpak tinggi
   Keusahawanan & Model Perniagaan Startup / bisnes sosial
Model perniagaan inovatif
Penjanaan pendapatan
Skalabiliti pasaran

3. FORMAT PITCHING


  Setiap peserta/pasukan akan diberikan tepat 3 minit untuk menyampaikan 'pitch' mereka. Peserta boleh menggunakan satu (1) slaid visual (seperti Powerpoint atau Google Slides sahaja sebagai sokongan visual. Slaid ini harus ringkas, jelas, dan menarik. Penggunaan prop fizikal yang ringkas dan mudah dibawa dibenarkan, tetapi tidak boleh mengganggu kelancaran persembahan atau memerlukan persediaan yang lama. Sesi soal jawab selepas pitch 3 minit ini adalah 2 minit.

4. KANDUNGAN PITCH


  Peserta perlu merangkumi elemen-elemen berikut dalam pitch 3 minit mereka:
 Masalah: Apakah masalah yang ingin anda selesaikan?
 Penyelesaian: Apakah idea inovatif anda untuk menyelesaikan masalah tersebut?
 Keunikan: Mengapa idea anda unik dan lebih baik daripada yang sedia ada?
 Impak: Apakah potensi kesan idea anda (contoh impak kepada sosial, ekonomi, alam sekitar, dll)?

5. PROSES PENDAFTARAN


  Peserta perlu mendaftar melalui platform NICERS 2026 yang disediakan sebelum tarikh tutup pendaftaran.
  (Rujuk Lampiran Format Penulisan Idea Generation)

6. KRITERIA PENILAIAN



   Panel hakim akan menilai berdasarkan kriteria berikut:
 RUBRIK PENILAIAN (100 MARKAH)
 Skala Penilaian Cadangan
 M1 = Lemah, 2 = Sederhana, 3 = Baik, 4 = Sangat Baik, 5 = Cemerlang
   
KATEGORI BIDANG MARKAH
   Keaslian & Kreativiti Idea Idea baharu, unik, inovatif dan kreatif
25
   Kefahaman Masalah Masalah dikenal pasti dengan jelas & relevan

15
   Impak & Manfaat Kesan kepada pengguna, komuniti atau industri
25
   Kebolehlaksanaan Realistik dari segi kos, masa & sumber 15
   Potensi Pembangunan direalisasi Boleh diperluas, ditambah baik atau dikomersialkan 10
   Persembahan & Komunikasi Idea Kejelasan, keyakinan & struktur pembentangan 10
   JUMLAH 100

7. PANEL HAKIM


  Panel hakim akan terdiri daripada individu yang berpengalaman dalam bidang inovasi, keusahawanan, atau akademik. Keputusan hakim adalah muktamad dan tidak boleh dipertikaikan.

8. HADIAH


KEDUDUKAN HADIAH
Tempat Pertama Wang Tunai & Sijil Penghargaan
Tempat Kedua Wang Tunai & Sijil Penghargaan
Tempat Ketiga Wang Tunai & Sijil Penghargaan
   Sijil Penyertaan akan diberikan kepada semua peserta yang layak dan hadir

9. HAK MILIK INTELEKTUAL


  Hak milik intelektual untuk semua idea yang dipitching adalah kekal milik peserta. Pihak penganjur tidak akan menuntut hak ke atas idea tersebut. Walau bagaimanapun, peserta dinasihatkan untuk mengambil langkah perlindungan IP yang sewajarnya jika idea mereka sangat sensitif atau unik.

10. PERUBAHAN SYARAT

  Pihak penganjur berhak untuk meminda atau mengubah mana-mana syarat dan peraturan pertandingan ini pada bila-bila masa tanpa notis awal. Sebarang perubahan akan dimaklumkan melalui saluran komunikasi rasmi.

Urusetia NICERS'26

Dr Rossitah bt Selamat
(Pengarah Program)
No. HP: 019-5704045

Ts. Mohd Syafaril Bin Jamaluddin
(Pertandingan Inovasi)
No. HP: 019-4155159

Amir Bin Abu Bakar
(Pertandingan Robotik)
No. HP: 019-4365007

Mohd Amini Bin Ahamad Sayuti
Drone Stem Awareness Workshop
No. HP: 0199367167

Pn. Wan Nor Hasnah Binti Wan Yunus
(Bendahari/Urusan Pembayaran)
No. HP: 013-4230789

Soalan Lazim (FAQ)

Capaian pantas kepada maklumat umum seperti berikut:

Hubungi Kami

Sebarang masalah, sila hubungi kami melalui saluran yang berikut:

Alamat: Politeknik Tuanku Sultanah
    Bahiyah
    Kulim Hi-Tech Park, 09000, Kulim
    Kedah Darul Aman
Tel/Faks: 014-7555318 | 014-7555319 |
    04-4033333