|
Pengenalan: NICERS'26
Program NICERS ini adalah merupakan acara dwi-tahunan yang dianjurkan oleh Unit Penyelidikan Inovasi dan Pengkomersialan (UPIK) di PTSB. NICERS’26 merupakan penganjuran edisi kelima selepas kejayaan penganjuran edisi tahun-tahun sebelum ini. Jumlah penyertaan bagi NICERS’24 telah berjaya mengumpul sebanyak 73 projek inovasi dan 120 Robot-Sumo. Penyertaan melibatkan pelbagai institusi pengajian peringkat sekolah rendah, sekolah menengah dan pusat pengajian tinggi (Awam dan Swasta) serta pihak industri daripada seluruh Malaysia. Penganjuran NICERS ini telah mendapat pengiktirafan peringkat kebangsaan daripada JPPKK. Ianya juga turut menerima pengiktirafan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia bagi penyertaan melibatkan pendidikan peringkat rendah dan menengah.
Penganjuran NICERS’26 akan turut meluaskan penglibatan daripada pihak industri sebagaimana penganjuran sebelum ini. Penglibatan pihak industri sama ada sebagai panel juri ataupun peserta merupakan salah satu agenda nasional bagi mewujudkan jaringan kolaborasi yang proaktif bagi perkembangan pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET).
Tema NICERS’26 adalah “Empowering Future Innovation Through Tvet & Smart Technologies”
Objektif NICERS'26




